Hey, my name is

Nadiah
Ismail

Live host & coaching

Years of experience

7+

Projects done

20+

Clients

10+

Hai! Saya Nur Nadiah Bt Ismail, berumur 28 tahun dan berasal dari Temerloh, Pahang. Saya dikenali sebagai seorang yang ceria, mudah mesra, dan komited dalam setiap tugasan. Kini, saya merupakan seorang live host, content creator dan bekas eksekutif pemasaran yang aktif dan berpengalaman.

Saya mempunyai lebih 5 tahun pengalaman dalam dunia pemasaran digital, media sosial, dan pengacaraan secara LIVE. Saya pernah menjadi antara wajah utama di syarikat Nurraysa Global dan memainkan peranan besar dalam menaikkan akaun TikTok syarikat dari kosong sehingga 60,000 followers. Selain itu, saya juga pernah bertanggungjawab menguruskan influencer, menjadi MC untuk event rasmi, dan mengetuai pelancaran produk sehingga mencatat jualan RM100,000 dalam masa satu hari.

Bukan sekadar mengendalikan LIVE, saya juga diberi kepercayaan oleh syarikat untuk melatih dan membimbing live host baru (newbie) dalam meningkatkan keyakinan, teknik komunikasi, dan gaya persembahan semasa LIVE. Ramai dalam kalangan mereka kini sudah boleh mengendalikan LIVE secara berdikari dan berjaya mencipta hasil jualan sendiri. Proses ini memberikan kepuasan dan pengalaman bermakna dalam membina keyakinan orang lain.

Saya juga berpengalaman sebagai content creator yang menghasilkan video promosi, copywriting iklan, dan design bahan marketing. Kemahiran saya termasuk mengendalikan sesi LIVE dengan kelengkapan lighting & iPhone 14 Pro, serta suntingan video dan gambar.

Kini, saya fokus menjadi seorang surirumah bekerjaya yang masih aktif menerima jemputan untuk menjadi LIVE host, menghasilkan content, dan bekerjasama dalam projek-projek kreatif yang memberi impak kepada jualan.

Saya percaya dengan keberanian untuk mencuba, ilmu yang berterusan, dan kerja dengan hati akan membuka lebih banyak peluang rezeki, bukan sekadar pekerjaan.

Experience

2019-2023

Brand Celebrity Executive (Nurraysa Global Sdn Bhd)

Menjadi muka hadapan syarikat dalam menghasilkan video content untuk stokis & agen.

Naikkan followers TikTok syarikat dari 0 ke 60,000.

Uruskan influencer reviews, jadual & dokumentasi.

Anjurkan event bulanan & buat hebahan media.

Sediakan laporan kerja (Word, Excel, Google Drive).

2019-2023

Marketing Executive (Nurraysa Global Sdn Bhd)

  • Pimpin pelancaran produk baharu (capai jualan RM100K dalam 1 hari).
  • Uruskan Duta Selebriti Siti Nordiana.
  • LIVE host produk & temubual Jutawan Stokis.
  • Terlibat dalam idea kempen & pelancaran.
2023-2024

Marketing Executive (Vieura Group Sdn Bhd)

  • Buat panggilan upsales dan capai target semasa promosi.
  • Sediakan bahan marketing (video, gambar) tepat masa.
  • LIVE di akaun rasmi syarikat & urus jualan laman web.
  • Sediakan laporan bulanan.

.

My PACKAGE SERVICES

01.

Live Host Services

1 jam rate Rate 50-80 perjam
Min 2 jam @ Komisen 8-10% dari sales (utk yg boost ads shj)

02.

PERSONAL COACHING LIVE HOST

RM150/person anggaran 3 jam sesi kelas @ Lebih dari 5 orang join kelas RM100/person

Have a great idea?

Let’s talk about
your project